Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Al-Mubarak
Kali in, team Menarik di Saratok & Kabong membawa anda menjelajah ke 3 buah bazaar ramadhan di Saratok,Nyabor & Kabong .

Menarik di Saratok & Kabong membawa anda berkunjung ke gerai makan Mamagee Corner di Kabong. Diusahakan oleh pasangan suami isteri iaitu Encik Rafaie & Puan Fauziah (Gee). Kawasan yang unik dan strategik, Mamagee Corner terletak di Kampung Darat,Simpang 4 Kabong. Dengan resepi tersendiri,menu Nasi Goreng Mamagee & Nasi Grill Mamagee menjadi menu tarikan pelanggan yang berkunjung di gerai ini.

TERATAK NEK DARA NYABOR, KABONG

Untuk video kali ini, team Menarik di Saratok & Kabong telah berkesempatan untuk berkunjung ke gerai makanan Teratak Nek Dara yang terletak di Kampung Nyabor. Dimiliki oleh Puan Suriaty Adenan, gerai ini amat popular dengan pelbagai jenis hidangan laut yang pastinya akan memenuhi citarasa anda.

 

 

Untuk video kali ini, team Menarik di Saratok & Kabong mengajak anda menelusuri akar budaya serta menghayati seni tradisi hadrah bersama Kumpulan Hadrah Umairah dari Kabong.

PENGHASILAN MADU KELULUT DI BATANG MARO, KABONG