LATIHAN & KELAS STEM/ IoT
(Asas IoT & Robotic)
Tarikh : 21 September 2024 Masa : 1 jam - 2 jam untuk setiap kelas Lokasi : Bilik ICT NADI Kabong Peserta :Pelajar Sekolah Rendah |
Tujuan
1. Menjalankan latihan dan kelas yang melibatkan Science, Technology, Engineering & Mathematics (STEM) dan Internet of Things (IoT).
2. Pelajar Sekolah didedahkan dengan asas dalam STEM dan IoT yang melibatkan pembuatan membina bangunan unik, sama ada rumah, menara, atau struktur lain dalam konsep "Build Virtual Building Blocks" di Toytheater.com
3. Membolehkan pelajar menggunakan imaginasi mereka untuk mencipta struktur yang unik, merangsang pemikiran kreatif.
4. Melahirkan pelajar yang mampu memahami konsep asas ruang, bentuk, dan pengukuran melalui pengalaman praktikal dalam membina.
5. Memberi pendedahan kepada pelajar sekolah supaya dapat meningkatkan minat pelajar terhadap mata pelajaran sains dan matematik, dan dalam jangka panjang mereka memilih jurusan pengajian dan jenis pekerjaan berasaskan STEM.
Aktiviti
1. Kelas diadakan secara bersemuka iaitu Bilik ICT NADI Kabong. Peserta didedahkan dengan pelbagai program dan kelas latihan STEM & IoT yang disediakan di NADI.
2. Petugas juga menggalak peserta untuk datang ke NADI bagi terlibat sama dalam kursus-kursus yang disediakan di NADI untuk meningkat ilmu pengetahuan peserta tentang kepentingan teknologi baharu pada masa kini dalam bidang pendidikan dan pekerjaan.
Klik untuk lihat gambar>>>>>>>>>>