1. Pantai Tanjung Kembang Kabong

Pantai Tanjung Kembang merupakan salah satu tarikan utama pelancong yang datang ke Daerah Kabong. Pantai ini merupakan tapak utama Pesta Layang-Layang Antarabangsa Kabong. Pesta ini dijadualkan pada bulan Mac setiap tahun. Aktiviti utama yang dijalankan pada pesta ini ialah Pertandingan Layang-layang Kreatif, Pameran Layang-layang, Pameran Layang-layang LED pada sebelah malam dan aktiviti tambahan utama iaitu Pertandingan Tarik Tali. Pesta Layang-layang Antarabangsa Kabong ini menjadi tarikan utama kepada kelab pelayang negara dan juga antarabangsa. Selain itu, kehadiran pengunjung dan peniaga yang datang dari seluruh Sarawak dapat memeriahkan pesta berkenaan. 

Selain itu, Pantai Tanjung Kembang ini turut mempunyai chalet, homestay dan tapak perkhemahan untuk pengunjung yang ingin bermalam di sini. Terdapat pelbagai pilihan chalet dan homestay yang berpatutan untuk pengunjung yang bertandang. 

Disini turut terdapat gerai-gerai makan yang menyediakan pelbagai juadah untuk santapan pengunjung yang datang ke pantai ini. Pada hujung minggu pula, peniaga-peniaga kecil turut berniaga makanan, minuman dan segala keperluan aktiviti di pantai di Dewan Serbaguna Pantai Tanjung Kembang. 

Untuk pengunjung cilik pula, disini terdapat taman permainan dan Taman Tema Air Mini Kabong yang telah dirasmikan oleh YB Mohd Chee Bin Kadir semasa Pesta Layang-Layang Antarangsa Kabong 2023 yang lalu. 

images 1                   download                  images

Tapak Masuk Utama Pantai Tanjung Kembang Kabong            Salah satu chalet di Pantai Tanjung Kembang Kabong          Taman Tema Air Mini Kabong

 

E8316878-B5E2-4502-996C-4B89B612EECF

Kemeriahan Pesta Layang-layang Antarabangsa Kabong 2023

 

2. Pantai Alit, Kabong

Pantai Alit Kabong yang mengambil perjalanan selama 15 minit dari Pekan Kabong merupakan salah satu lagi Pantai yang menjadi tarikan di daerah Kabong ini. Ini adalah kerana kemudahan jalan utama untuk akses ke pantai berkenaan menjadikan ianya salah satu pantai pilihan pengunjung yang datang. Pantai ini terdapat sebuah kedai makan Santai Z&K yang diusahakan oleh seorang bekas guru iaitu En. Kiprawi. Pihak Santai Z&K ini turut menyediakan tapak perkhemahan yang sangat sesuai untuk aktiviti kem-kem untuk pelajar sekolah.

download 1                               download 2

 Kedai Makan Santai Z&K                                                        Tapak perkhemahan Santai Z&K

 

 3. Pantai Gerigat, Kabong.

Pantai Gerigat terletak di Kampung Gerigat yang mengambil masa 15 minit dari simpang 4 Kampung Nyabor. Pantai ini merupakan pantai ketiga yang menjadi tarikan kepada pengunjung untuk datang ke Kabong. Kedudukan pantai yang terpencil dan luas memberikan pengunjung ketenangan untuk membuat aktiviti perkhemahan bersama keluarga di sini. 

 download 3       

 Keadaan tepi pantai yang redup dan tenang