KELAS USAHAWAN SHOPEE
Tarikh: 9.9.2020
Masa: 9.00am - 1.00pm
Tempat: Bilik Latihan Pusat Internet Kabong
Tujuan:
1. Memperkenalkan shopee seller centre sebagai platform utama jualan.
2. Memberikan pendedahan & kaedah pengunaan shopee seller centre sebagai aplikasi jualan utama peserta.
Aktiviti:
1.Membina akaun jualan (Shopee Seller Centre) kepada peserta yang hadir.
2. Menerangkan satu persatu fungsi utama yang terdapat didalam shopee seller centre berkenaan.
Shopee Universiti Asas ( Shopee Store x MCMC)
Tarikh: 14.9.2020
Masa: Sesi 1 (10am-12pm) Sesi 2 (2pm-4pm)
Tempat: Bilik Latihan Pusat Internet Kabong
Tujuan
Bengkel bersama tenaga pengajar Shopee Universiti Asas: Mulakan Bisnes e-Dagang Anda Bersama Shopee!
Aktiviti
Peserta menyertai bengkel ini yang melibatkan Pusat Internet satu Malaysia mengikuti bengkel melalui webinerr. Peserta didedahkan dengan pengetahuan asas asas memulakan perniagaan.
MAJLIS PENYAMPAIAN HADIAH KEMERDEKAAN
Tarikh: 04.09.2020
Masa: 2.30pm - 4.00pm
Tempat : Pusat Internet Kabong
Tujuan
Penyampaian hadiah kepada pemenang sempena ' Pertandingan Video Kraftangan Merdeka ' yang dianjurkan oleh Pusat Internet sempena aktiviti hari kemerdekaan 2020.
Aktiviti
1. Ucapan Alu aluan daripada Pengurus Pusat Internet Kabong dan bacaan doa untuk memulai majlis.
2. Penyampaian hadiah kepada pemenang dan menyerahkan saguhati sekalung penghargaan kepada Ketua Kampung kerana sudi menjadi jemputan sebagai penyampai hadiah.
3. Majlis penutupan dengan jmuan petang bersama yang hadir.
Program MIV (Malaysia ICT Volunteer) Bersama Komuniti 2020
Tarikh: 05.08.2020
Masa: 10.00am - 1.00pm
Tempat: Pusat Internet Kabong
Tujuan
Seramai 3 peserta sukarelawan telah menyertai Bengkel MIV Bersama Komuniti 2020 di Pusat Internet Kabong.
Aktiviti
Peserta menyertai bengkel ini yang melibatkan Pusat Internet satu Malaysia mengikuti bengkel melalui video conference. Antara modul yang terkandung adalah Klik Dengan Bijak dan Kebebasan Bersuara Bukan Kebebasan Berbohong.
Bengkel Multimedia - Poster
Tarikh: 24.08.2020
Masa: 10.00am - 12.30pm
Tempat: Bilik Latihan Pusat Internet Kabong
Tujuan:
1. Meningkatkan kemahiran peserta dalam membuat rekaan dan memudahkan peserta dalam pengunaan komputer untuk menyertai pertandingan yang diadakan.
2. Memupuk sikap saling bekerjasama dan berkongsi ilmu pengetahuan dalam komputer untuk menghasilkan poster.
Aktiviti:
1. Menggunakan POSTERMYWALL bagi membuat rekaan.
2. Peserta mencari maklumat menggunakan peranti Google.
3. Memudahkan kerja dengan menggunakan Shortcut yang terdapat pada keyboard komputer.
4. Advokasi klik dengan bijak.