Latar belakang
Perniagaan Cik Faizura bermula secara suka-suka pada permulaannya bagi menambah pendapatan dan wang saku beliau. Setelah melihat sambutan beliau mula lebih bergiat aktif dalam jualannya.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi
Sebelum ini, Cik Faizura hanya membuat jualan kecil-kecilan berpandukan katalog asal yang didapati olehnya daripada agen-agen jualannya. Dan kaedah jualannya juga adalah lebih kepada jualan secara terus kepada pembeli
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi
Setelah mengikuti pelbagai latihan di PI Cik Faizura memulakan langkah pertama dengan memilih aplikasi wechat sebagai medium utama untuk mempromosikan jualannya. Ternyata pilihannya membuahkan hasil dimana beliau mendapat lebih ramai pembeli tetap setelah mengetahui berkenaan kedai wechat beliau
Apa yang dipelajari melalui PEDi
- Mempelajari kelas suntingan imej, Microsoft Office, dan penjanaan invois jualan
- Mempelajari pelbagai kaedah bagi mempromosikan barangan jualannya di internet
- Kaedah membuat rekod jualan dengan aplikasi Microsoft EXCEL.
Laman Web |
- |
Blog |
- |
FB |
- |
|
- |
|
011-14032645 |
|
Cik Lavender |