Pada 17-19 Oktober 2016 berlakunya tragedi banjir yang menimpa PEDi Kabong selama 3 hari berturut-turut. Rentetan fenomena air pasang beserta angin yang kuat menyebabkan kenaikan air adalah secara mendadak. PEDi telah ditutup untuk orang ramai selama seminggu untuk pembersihan. Di samping itu, keadaan tiang wifi komuniti kampung turut rebah kerana keadaan tidak stabil. Penduduk kampung telah bergotong-royong membersihkan PEDi dan tiang WK.