KEMAHIRAN KEUSAHAWANAN
Tarikh : 24 Ogos 2024 Masa : 1 jam - 2 jam untuk setiap kelas Lokasi : Bilik ICT NADI Kabong Peserta : Usahawan |
Tujuan
1. Pengenalan aplikasi Canva kepada peserta, mengajar peserta mendaftar akaun Canva dan mengajar peserta mereka bentuk logo produk.
Aktiviti
1. Peserta diajarkan cara untuk mendaftar akaun CANVA yang percuma di laman web.
2. Seterusnya peserta diterangkan tentang feature asas dan setiap fungsi di aplikasi CANVA seperti antaramuka utama, kategori konten, template, eleman dan sebagainya.
3. Seterusnya, peserta diajar untuk mereka bentuk logo mudah yang melipatkan pemilihan template, edit text, edit colour background, memuat naik gambar, menyimpan fail dan memuat turun poster yang telah dibuat.
Klik untuk lihat gambar>>>>>>>>>>
E-PEMBELAJARAN
Tarikh : 17, 18 & 25 Ogos 2024 Masa : 1 jam - 2 jam untuk setiap kelas Lokasi : Bilik ICT NADI Kabong Peserta :Pelajar Sekolah Rendah |
Tujuan
1. Kuiz perkakasan asas sistem komputer di Quizziz.com dan Wordwall.net.
2. Program nilam dan tutorial merekodkan bahan bacaan di Advance Integrated Nilam System (AINS) Delima.
3. Kuiz kemerdekaan sempena sambutan bulan kemerdekaan yang ke-67 di Quizziz.com.
Aktiviti
- 1. Kelas dan aktiviti diadakan secara bersemuka iaitu di Bilik Latihan ICT NADI Kabong.
- 2. Kuiz dan tutorial dilaksanakan secara online dengan bantuan daripada petugas.
- 3. Peserta menjawab bebarapa soalan kuiz yang melibatkan beberapa pilihan jawapan beserta gambar rajah sebagai rujukan.
Klik untuk lihat gambar>>>>>>>>>>
KELAS DAN KEMPEN ADVOKASI KLIK DENGAN BIJAK
Tarikh : 2, 11, 17 & 22 Ogos 2024 Masa : 1/2 jam - 1 jam untuk setiap kelas Lokasi : Bilik ICT & Ruang Aktiviti NADI Kabong Peserta :Pelajar Sekolah Rendah & Menengah, Dewasa, Wanita dan Lain-lain |
Tujuan
1. Berkongsi maklumat untuk memberi kesedaran mengenai pelbagai topik Advokasi (Klik Dengan Bijak).
2. Membudayakan penggunaan internet secara positif berteraskan 3 aspek iaitu keselamatan, kewaspadaan dan tanggungjawab.
3. Menitikberatkan kawal selia kendiri (self-regulation) dalam membendung masalah penyalahgunaan internet.
4. Berkongsi Kempen Klik Dengan Bijak untuk meningkatkan kesedaran di kalangan komuniti.
Aktiviti
1. Perkongsian tips dan info bergambar dan video oleh petugas.
2. Petugas juga akan membuat huraian mengenainya secara detail. Peserta boleh memberi maklum balas dan sesi perbincangan mengenai topik KDB.
3. Perkongsian dan Kempen Advokasi Klik Dengan Bijak juga dijalankan di Page Fabcebook NADI Kabong dengan berkongsi pelbagai info tentang Advokasi Klik Dengan Bijak kepada komuniti facebook.
Klik untuk lihat gambar>>>>>>>>>>
KELAS ICT
(MICROSOFT WORD & PC Hardware)
Tarikh : 02 & 17 Ogos 2024 Masa : 1 jam - 2 jam untuk setiap kelas Lokasi : Bilik ICT NADI Kabong Peserta :Pelajar Sekolah Rendah
|
Tujuan
1. Pengenalan perkakasan asas sistem komputer.
2. Pengenalan antaramuka Microsoft Word dan kemahiran mengguna papan kekunci.
3. Kemahiran menaip dan membuat biodata diri di Microsoft Word.
4. Latihan menaip dan membuat surat kiriman rasmi di Microsoft Word.
Aktiviti
1. Kelas diadakan secara bersemuka iaitu di Bilik Latihan ICT NADI Kabong. Peserta didedahkan dengan pelbagai program dan kelas latihan ICT yang disediakan di NADI untuk melahirkan komuniti setempat yang celik dan tahu aplikasi ICT.
2. Kesedaran dan didikan yang berkaitan dengan ICT dapat dijalankan secara berterusan kepada peserta untuk melahirkan pengguna yang celik, peka dan berpengetahuan dalam pembelajaran kelas ICT yang dijalankan.
3. Petugas juga menggalakkan peserta untuk datang ke NADI bagi terlibat sama dalam kursus-kursus yang disediakan di NADI untuk meningkat kemahiran penggunaan komputer para peserta.
Klik untuk lihat gambar>>>>>>>>>>
KEMAHIRAN INSANIAH
(Kelas Kemahiran Komunikasi & Kelas Kemahiran Penjagaan Kesihatan Diri)
Tarikh : 20 & 21 Julai 2024 Masa : 1jam - 2 jam untuk setiap kelas Lokasi : Bilik ICT NADI Kabong Peserta :Pelajar Sekolah Rendah |
Tujuan
1. Kelas komunikasi berkesan bertujuan untuk peserta memahami kepentingan komunikasi dalam kerjaya dan membina perhubungan profesional serta memahami halangan dalam berkomunikasi.
2. Kelas kemahiran penjagaan dan kesihatan diri pelajar sekolah rendah bertujuan supaya pelajar dapat memahami konsep pengurusan diri dengan melibatkan penjagaan kebersihan dan kesihatan fizikal diri.
Aktiviti
1. Kelas komunikasi diadakan secara bersemuka, peserta didedahkan tentang konsep komunikasi, proses komunikasi dan elemen penting dalam komunikasi. Di samping itu, peserta juga diterangkan dengan beberapa halangan dalam berkomunikasi seperti pemahaman yang berbeza, maklumat yang tidak mencukupi dan sebagainya. Peserta juga didedahkan dengan beberapa kemahiran dalam komunikasi yang melibatkan kemahiran tingkahlaku, kemahiran menimbul, kemahiran memberi perhatian dan kemahiran mendengar
2. Kelas diadakan secara bersemuka di Bilik ICT NADI Kabong, pelajar sekolah rendah didedahkan tentang kepentingan penjagaan kebersihan diri melibatkan penjagaan rambut, gigi, kuku dan sebagainya.
Klik untuk lihat gambar>>>>>>>>>>