Program Jalinan Insan Wahana Aspirasi (JIWA) Komuniti Madani @ Merdeka   

Tarikh   : 22 Ogos  2024

Masa     : 09:30 am - 01:00 pm

Lokasi   : Ruang Aktiviti NADI Kabong

Peserta  : Komuniti Madani Kabong

Tujuan  : 

Program Jalinan Insan Wahana Aspirasi (JIWA) Komuniti Madani @ Merdeka merupakan inisiatif untuk mengukuhkan hubungan antara komuniti dengan pihak kerajaan serta memperkukuh semangat perpaduan dan kemerdekaan. Program ini dirancang sebagai platform untuk memperkasa masyarakat melalui pelbagai aktiviti yang menggalakkan kesejahteraan sosial, pendidikan, dan pembangunan ekonomi, sejajar dengan konsep Komuniti Madani.

Aktiviti : Program Kesedaran dan Pendidikan

  • Ceramah dan seminar kesedaran mengenai isu-isu penting seperti Klik Dengan Bijak, memahami reka bentuk jalur gemilang dan cara mengibarkan jalur gemilang.
  • Aktiviti kenali NADI seperti peranan, kursus & program yang ditawarkan, kenali NADI disekitar Kabong & Saratok dan pendaftaran ahli NADI.

 

Klik untuk lihat gambar>>>>>>>>>>

 

 

Program dan Kempen Pendaftaran Sarawak ID & e-Tani 

 

Tarikh   : 06 & 07 Ogos  2024

Masa     : 08:30 am - 04:30 pm

Lokasi   : Ruang Aktiviti NADI Kabong

Peserta  : Komuniti Sekitar Kabong

Tujuan  : 

Program ini bertujuan untuk mendaftarkan penduduk tempatan dengan Sarawak ID serta memperkenalkan sistem e-Tani kepada komuniti pertanian di sekitar Kabong. Ini adalah sebahagian daripada usaha kerajaan untuk mempromosikan penggunaan teknologi digital dalam kalangan rakyat Sarawak, khususnya di kawasan luar bandar, bagi memudahkan akses kepada perkhidmatan kerajaan dan peluang ekonomi.

Aktiviti :

1. Sesi Pendaftaran Sarawak ID:

  • Peserta berpeluang mendaftar untuk mendapatkan Sarawak ID, iaitu satu akaun yang digunakan untuk mengakses pelbagai perkhidmatan kerajaan secara dalam talian.
  • Petugas akan membantu peserta mengisi borang dan menyelesaikan proses pendaftaran secara langsung.

 

2. Taklimat dan Penerangan Mengenai e-Tani:

  • Sesi penerangan mengenai sistem e-Tani, iaitu satu platform digital yang dibangunkan untuk memudahkan petani menguruskan perniagaan dan aktiviti pertanian mereka.
  • Penerangan tentang cara penggunaan platform ini untuk mengakses maklumat seperti harga pasaran, bantuan pertanian, dan teknik moden dalam pertanian.

 

3. Pengedaran Bahan Promosi dan Cenderahati:

  • Pengedaran risalah, brosur, dan panduan tentang penggunaan Sarawak ID dan e-Tani.
  • Pemberian cenderahati kepada peserta yang mengambil bahagian dalam sesi pendaftaran dan taklimat.

 

Klik untuk lihat gambar>>>>>>>>>>

 

 

KEMAHIRAN INSANIAH

(Kemahiran Budaya Kerja Berpasukan)

 

Tarikh   : 25 Ogos 2024

Masa     : 1jam - 2 jam untuk setiap kelas

Lokasi   : Bilik ICT NADI Kabong

Peserta  :Pelajar Sekolah Rendah

 

Tujuan

1. Kelas kemahiran kerja berpsukan bertujuan untuk memhami kepentingan bekerjasama dalam sesuatu organisasi untuk mencapai visi, misi, objektif dan matlamat dalam sesebuah organiasasi.

 

Aktiviti

1. Kelas kemahiran kerja berpasukan diadakan secara bersemuka, peserta didedahkan tentang konsep kerja berpasukan dan proses membentuk pasukan. Di samping itu, peserta juga didedahkan dengan beberapa ciri kerja berpasukan antaranya seperti rangkaian hubungan yang erat dan berkesan. Peserta juga didedahkan dengan beberapa faedah dalam kerja berpasukan antaranya seperti memupuk semangat kekitaan dalam diri setiap individu.

Klik untuk lihat gambar>>>>>>>>>>

 

 

NADI x E-Sukan: Pertandingan Mobile Legends Bang Bang Peringkat NADI Kabong

 

Tarikh   : 11 Ogos 2024

Masa     : 08:00 am - 03:00 pm 

Lokasi   : Ruang Aktiviti

Peserta  :Pelajar Sekolah Menengah

Kaedah Perlawanan : LIGA (Upper Bracket & Lower Bracket)

 

Senarai Pasukan Terlibat:

NAMA PASUKAN

NAMA AHLI PASUKAN

 

 

JENAI STUDENT’S

 

1.Muhammad Muiz Mudzaffar Bin Zulkipli

2.Abdul Ronney Qusyairi Bin Alwi

3.Eldie Fitry Bin Jefferidin

4.Mohamad Khairani Kamil Bin Sapini

5.Mohammad Hamzan Bin Sahari

6.Muhammad Danish Haiqal Bin Mohamad Mahathir

 

NAMA PASUKAN

NAMA AHLI PASUKAN

 

 

BlACKSISTEM

1. Mohamad Afiq Bin Jeffery

2.Muhammad Qayyiem Amzar Bin Mohammad Suhardi

3.Naim Zulfiqar Bin Ahmad Sharif

4.Mohd Emir Asyraff Nusi Bin Abdullah

5.Mohamad Zaid Zakwan Bin Maseri

6.Muhammad Adam Wafiq Hailman

 

NAMA PASUKAN

NAMA AHLI PASUKAN

 

 

LIGHTNING FALCON'S

1.Muhammad Aiman Hazwan Bin Abdul Kadir

2.Mohd Fazreen Aiman

3.Awang Nazim

4.Irham Iqbal

5.Muhammat Nurrizal Abdullah

6.Nas Naqiuddin

 

NAMA PASUKAN

NAMA AHLI PASUKAN

 

 

EMPEROR FYUSION

1.Muhammad Adif Fakhrun Bun Junaini

2.Muhd Aznil Bin Musa

3.Derryll Mathias Anak Christian Seman

4.Muhammad Airil Zaquan Bin Jefferidin

5.Muhd Azril Haziq Bin Samsu

 

 

Pada peringkat Match 1 dan Match 2, team yang menang akan masuk ke Semi Final Upper dan team yang kalah akan masuk ke Semi Final Lower. Perlawanan pada peringkat Match 1-3 hanya sekali untuk menentukan team yang menang dan team yang kalah.

Perlawanan pada peringkat Semi Final Upper dan Semi Final Lower, team perlu berlawan sebanyak 3 set namun, jika kedua-dua set dimenangi oleh team yang sama, maka tidak ada perlawanan ketiga. Begitu juga pada peringkat perlawan akhir.

Setiap perlawanan berlangsung mengambil masa dalam 20 – 30 minit. 

Klik untuk lihat gambar>>>>>>>>>>

 

 

LATIHAN & KELAS STEM/ IoT

(Asas IoT & Robotic)

Tarikh   : 25, 27 & 28 Ogos 2024

Masa     : 1 jam - 2 jam untuk setiap kelas

Lokasi   : Bilik ICT NADI Kabong

Peserta  :Pelajar Sekolah Rendah & Sekolah Menengah

 

Tujuan

1. Menjalankan latihan dan kelas yang melibatkan Science, Technology, Engineering & Mathematics (STEM) dan Internet of Things (IoT).

2. Pelajar Sekolah didedahkan dengan asas dalam STEM dan IoT yang melibatkan pembuatan robotic seperti IoT dalam konsep "Smart Home", merancang dan mencipta model 3D di Tinkercard.com dan projek LEGO menghidupkan kartun kegemaran.

3. Memberi pendedahan kepada pelajar sekolah supaya dapat meningkatkan minat pelajar terhadap mata pelajaran sains dan matematik, dan dalam jangka panjang mereka memilih jurusan pengajian dan jenis pekerjaan berasaskan STEM.

 

Aktiviti

1. Kelas diadakan secara bersemuka iaitu Bilik ICT NADI Kabong. Peserta didedahkan dengan pelbagai program dan kelas latihan STEM & IoT yang disediakan di NADI.

2. Petugas juga menggalak peserta untuk datang ke NADI bagi terlibat sama dalam kursus-kursus yang disediakan di NADI untuk meningkat ilmu pengetahuan peserta tentang kepentingan teknologi baharu pada masa kini dalam bidang pendidikan dan pekerjaan. 

Klik untuk lihat gambar>>>>>>>>>>