Latihan Microsoft Word - Kad Perniagaan
Tarikh : 16 Jun 2019
Masa : 9.00 am - 1.00 pm
Tempat : Bilik Latihan PI Kabong
Pada kali ini, peserta adalah majoriti pelajar Tingkatan 1. Mereka didedahkan kepada penggunaan Microsoft Word bagi menghasilkan kad perniagaan. Mereka diberikan tunjuk ajar akan setiap penggunaan utama pada ribbon Microsoft Word berkenaan. Peserta turut diperkenalkan dengan kepelbagaian jenis tulisan yang terdapat di dalam Microsoft Word. Selain itu, peserta turut di ajar kaedah penukaran latar belakang kepada hasil kerja mereka.
Turut diselitkan dengan Program Dashboard Komuniti dan juga slot Klik Dengan Bijak bagi memastikan pengguna sentiasa menggunakan internet secara berhemah dan bertanggungjawab ke atas setiap apa yang mereka kongsikan di media sosial.
Latihan Multimedia (Microsoft Publisher)
Tarikh : 26 Mei 2019
Masa : 9.00 am - 4.00 pm
Tempat : Bilik Latihan PI Kabong
Dalam latihan kali ini, para peserta diperkenalkan dengan penggunaan Microsoft Publisher. Dimana tugasan pada kali ini ialah menghasilkan kad raya menggunakan aplikasi Microsoft Publisher. Para peserta turut diterangkan kaedah pencarian imej yang sesuai untuk dimasukkan ke dalam kad mereka iaitu imej berformat PNG. Hasil kad yang dihasilkan oleh peserta dipertandingkan. Hasil kad yang paling menarik akan mendapat hadiah dan saguhati.
Turut diselitkan slot Dashboard Komuniti dan ceramah Teknologi dan Anda kepada peserta sebagai perkongsian yang menarik untuk para peserta yang terlibat.
Latihan Menaip Surat Rasmi ( Microsoft Office Word)
Tarikh : 18 Mei 2019
Masa : 9.00 am - 1.00 pm
Tempat : Bilik Latihan PI Kabong
Latihan ICT pada kali ini ialah latihan menaip surat rasmi mengikut format yang betul. Para peserta didedahkan dengan penggunaan penulisan format rasmi yang advanced dan dan mengikut standard format yang betul. Peserta turut diterangkan fungsi-fungsi "shortcut" yang boleh mereka gunakan dalam penulisan surat rasmi berkenaan. Setelah selesai menyiapkan surat rasmi peserta turut di ajar untuk menyimpan data yang telah ditaip di ruangan folder yang sepatutnya.
Selain itu, peserta turut didedahkan dengan penggunaan Dashboard Komuniti untuk penduduk setempat terutama di ruangan My Shop dan My Komuniti.
Program mini Dashboard dan KDB PI Kabong.
Tarikh : 19 Mei 2019
Masa : 9.00 am - 1.00 pm
Tempat : Pusat Internet Kabong
Program ini diadakan bagi mendedahkan penggunaan aplikasi Dashboard Komuniti di kalangan pengguna Pusat Internet Kabong. Para peserta diterangkan dan diberikan demo akan penggunaan aplikasi Dashboard Komuniti samaada di gadjet dan juga di desktop PC. Turut diselitkan dengan permainan kuiz Klik Dengan Bijak dan juga ceramah advokasi bagi mengingatkan para pengguna akan penggunaan internet secara positif.
Latihan ICT - Microsoft Power Point & Internet Search Engine
Tarikh : 11 Mei 2019
Masa : 9.00 am - 12.00 pm
Tempat : Bilik Latihan PI Kabong
Latihan ICT untuk pelajar sekolah menengah dan sekolah rendah. Latihan ICT pada kali ini adalah sambungan daripada latihan yang sebelum ini. Dimana pada kali ini, para peserta di minta untuk membuat sendiri lakaran poster yang mereka inginkan mengikut langkah-langkah yang telah diberi tunjuk ajar pada kelas sebelum ini.
Mereka turut mempraktikkan penggunaan carian imej di google untuk dimasukkan ke dalam poster mereka. Poster yang peserta hasilkan dipertandingkan dan di nilai oleh petugas untuk penghasilan poster terbaik. Walau bagaimana pun, peserta masih mendapatkan tunjuk ajar daripada petugas bagi menghasilkan poster yang terbaik.