Program Kembara Kelab Malaysiaku bersama Jabatan Penerangan & SMK Kabong & Advokasi.

Tarikh: 29 Ogos 2019
Masa: 2.00 pm - 5.00 pm
Pengajar: Cik Rahimah Kimli (Pusat Internet Batang Maro)

Pelajar dari SMK Kabong iaitu peserta Kelab Malaysiaku didedahkan dengan perisian Animasi menggunakan aplikasi Scratch 2.0.

Selingan advokasi turut diselitkan berkenaan topik Check Your Label & Program E-waste.

 

Kelas Animasi (Scratch 2.0)

Tarikh: 15 Ogos 2019
Masa: 9.00 am - 12.00 pm 
Tempat: Bilik Latihan PI Kabong

Peserta di berikan penerangan berkenaan penggunaan aplikasi Scratch 2.0. Dimana kepelbagaian fungsi yang terdapat di dalam scratch bagi menghasilkan animasi yang bersesuaian dengan yang mereka ingin hasilkan.

 

Kelas Latihan Microsoft Word - Mencipta Logo Ringkas.

Tarikh: 13 Ogos 2019
Masa: 9.00 am - 1.00 pm
Peserta: Pelajar Sekolah

Peserta di dedahkan kepada penggunaa Microsoft Word untuk mencipta logo. Peserta turut di terangkan fungsi- fungsi penting yang terdapat di dalam aplikasi Microsoft Word yang kebiasaannya digunakan pada setiap lembaran kerja yang menggunakan aplikasi berkenaan.

Peserta turut di dedahkan kaedah untuk menyimpan logo bekernaan dalam format gambar sama ada dalam format jpeg mahupun png.

Selain itu, peserta turut didedahkan dengan penggunaan internet secara berhemah supaya tidak menjadi mangsa kepada scammer dan mangsa buli siber.

Kelas Latihan ICT- POSTER KEMERDEKAAN

Tarikh: 14 Ogos 2019
Masa: 9.00 am - 1.00 pm
Tempat: Bilik Latihan PI Kabong

Peserta didedahkan dengan penggunaan Microsoft Power Point untuk menghasilkan poster kemerdekaan.Turut diselitkan dengan penggunaan imej PNG dengan carian di google sebagai aksesori utama dalam penghasilan poster peserta.

Peserta turut didedahkan dengan penggunaan internet secara bijak bagi mengelakkan mereka menjadi mangsa buli di internet.

Tarikh : 4 OGOS2019

Masa : 9.00 am - 1.00 pm

Tempat : Bilik Latihan Pusat Internet Kabong

Tajuk: MEMBUAT KAD UCAPAN SEMPENA HARI RAYA AIDIL ADHA MENGGUNAKAN APPLIKASI CANVA ATAS TALIAN

Peserta pada kali ini diberikan tunjuk ajar untuk menggunakan applikasi canva dahulu sebelum membuat kad ucapan aidil adha dan di dedahkan dengan penggunaan email juga.