Dibawah anjuran bersama PEDi Kabong dan Anjuran Kluster Saratok Pertandingan Senam Tari Poco-Poco telah melibatkan Komuniti setempat dibahagian Kabong berempena Festival Layang-Layang 2016/2017 yang telah mendapat sambutan hangat daripada semua pihak. Di anggarkan lebih 6000 pengunjung yang datang bagi memeriahkan.

Pertandingan Senam Tari Poco-Poco telah menarik minat dan perhatian 11 Kumpulan yang terdiri daripada kumpulan tarian sekitar Daerah Kabong.

Hadiah tempat pertama adalah bernilai RM300 berserta hamper dan saguhati

Hadiah tempat kedua adalah bernilai RM200 berserta hamper dan saguhati

Hadiah tempat ketiga adalah bernilai RM100 berserta hamper dan saguhati

Manakala tempat 4-11 masing-masing membawa hadiah saguhati dan sijil penyertaan setiap peserta.

Demonstrasi pembuatan "Cupcakes Decoration" 

Tempat: PEDi Pekan Roban

Masa: 8.00 am-5.00pm

Tarikh: 10 Disember 2016

Tenaga Pengajar Jemputan: Encik Zainal Abidin

Seramai 30 0rang peserta menyertai demonstrasi tersebut yang dihadiri golongan wanita, belia mahupun kanak-kanak. Selain itu, progran tersebut di isi dengan  KDB Talk, MyShop DAshboard, serta pertandingan Cupcakes decoration yang paling kreatif.

Pertandingan Kraftangan Gubahan Kreatif Dan Inovatif yang di anjurkan oleh Anjung Kluster Saratok

Tempat: PEDi Fort Ranee Saratok

Masa: 8-5 petang

Tarikh: 26 November 2016

Pertandingan ini telah di sertai oleh pelbagai kaum dan di sokong banyak pihak dan wajib diadakan pada setiap tahun bagi memastikan bakat dan gubahan peserta sentiasa di pantau dari semasa ke semasa. Sehubungan dengan itu, para peserta telah di dedahkan dengan MyShop Dashboard Komuniti bagi mempamerkan sekaligus mengiklankan produk mereka kepada orang luar. Sebarang aktiviti jual beli adalah melalui MyShop.

Pada 17-19 Oktober 2016 berlakunya tragedi banjir yang menimpa PEDi Kabong selama 3 hari berturut-turut. Rentetan fenomena air pasang beserta angin yang kuat menyebabkan kenaikan air adalah secara mendadak. PEDi telah ditutup untuk orang ramai selama seminggu untuk pembersihan. Di samping itu, keadaan tiang wifi komuniti kampung turut rebah kerana keadaan tidak stabil. Penduduk kampung telah bergotong-royong membersihkan PEDi dan tiang WK.